Read Saka (Babi, #2) by Azwar Kamaruzaman Online

saka-babi-2

Sambungan dari novel bestseller Babi- Bercinta Di Balik Api“Kalau Tuhan tanya apa yang aku tak nak hilang di dunia mahupun akhirat, aku akan jawab, MAK! Walaupun diganti dengan primadona terbaik dunia, diberi bidadari tercantik syurga. Mak tetap menjadi insan yang aku mahu sentiasa ada. Sebab apa? Mak sanggup lawan kematian semata-mata untuk lahirkan aku. Kalau aku, belumSambungan dari novel bestseller Babi- Bercinta Di Balik Api“Kalau Tuhan tanya apa yang aku tak nak hilang di dunia mahupun akhirat, aku akan jawab, MAK! Walaupun diganti dengan primadona terbaik dunia, diberi bidadari tercantik syurga. Mak tetap menjadi insan yang aku mahu sentiasa ada. Sebab apa? Mak sanggup lawan kematian semata-mata untuk lahirkan aku. Kalau aku, belum tentu aku sanggup. Biarpun ramai yang cuba jadi Tuhan dan cakap mak aku ahli neraka!”- Leman.“Kamu selalu bertanya, kenapa syaitan jahat? Kenapa syaitan mengganggu? Memang sudah kami berjanji dengan Tuhan kamu untuk menghasut hambaNya supaya di neraka kelak, kamulah yang akan menjadi sahabat-sahabat kami di sana. Tiada kuasa yang boleh menghalang kami. Melainkan setiap benda yang bermula dengan nama Tuhanmu!”- Seekor iblis.“Jahat tak bermakna kau ahli neraka. Baik, belum tentu kau dijemput masuk syurga. Jangan jadi Tuhan yang bersifat manusia. Kerana Tuhan tahu itu lebih daripada kita segala-galanya. Ambil cermin, pandang diri sendiri. Tanya dalam hati, ‘Layakkah kita dapat nikmat syurga?’ sebelum kita bercakap ‘kau ni memang ahli neraka lah!”- Ustaz Syahmi....

Title : Saka (Babi, #2)
Author :
Rating :
ISBN : 9789670591162
Format Type : Paperback
Number of Pages : 312 Pages
Status : Available For Download
Last checked : 21 Minutes ago!

Saka (Babi, #2) Reviews

  • Asmar Shah
    2019-01-19 11:33

    2.3* untuk Saka!Buku ini lagi kemas dan masih boleh layan berbanding buku pertama penulis - Babi. Owhh ya, beberapa tahun yang lalu, aku kena hentam oleh fans penulis disebabkan review buku Babi yang kurang menyenangkan mereka sehingga jadi isu di beberapa grup pembaca kaki kipas buku Babi itu. Harap untuk buku Saka ni, tak akan jadi isu lagi. Kalau tak, memang aku haramkan saja diri aku untuk baca karya penulis ni lagi lepas ni! *gelak*Isu yang ingin diutamakan di dalam naskah ini adalah berkaitan keagamaan dan ketaataan seorang anak yang tetap menjaga ibunya yang disumpah menjadi babi. Ada beberapa kisah lampau dan potongan ayat Quran yang menguatkan sedikit cerita ini. Itu bagus. Cuma, narasi cerita naskah ini kekadang terlalu memaksa kita untuk kita menerima apa yang ingin disampaikannya. Tuan penulis, seperti memberi ceramah/syarahan islam di naratif cerita dan kekadang cuba disampaikan di dalam dialog watak yang ada.Penulis cuba ingin memuatkan semua yang dia tahu di dalam buku ini sehinggakan kita tak tahu nak hadam mana satu, macam hidangan buffet sehinggakan satu masa kita rasa nak muntah sebab paksa masukkan makanan walaupun kita dah kenyang. Tapi tetap ada beberapa benda yang menarik dan mencuit hati dan mengenyangkan.Aku tetap terganggu dengan beberapa nama watak. Dah lama aku baca buku pertama, jadi bila baca buku kedua ni, benda sama datang lagi. Kenapa ya nak guna nama lelaki atau nama perempuan untuk jantina yang sebaliknya? Unik? Tak itu menjengkelkan.Tapi ini tulisan 2014. Aku yakin tulisan tuan penulis pasti lebih baik sekarang. Moga AK terus sukses di dalam bidang yang dia ceburi.Kalian tak nak cuba? Cubalah, tapi aku tak nak rekemenkan untuk kalian. Tapi kalau nak baca juga, silakan.Peace!

  • Firdaus Abu Bakar
    2019-01-18 11:31

    karangan yang disiapkan sebab masa tak cukup dan janji cukup bilangan patah perkataan. dia punya goreng sampai hangus.

  • Rizqan Sulaiman
    2019-02-10 09:21

    Saya membaca buku ni sejurus saya menghabiskan buku Babi. Novel ini mengisahkan usaha Leman untuk menukar babi-babi menjadi kepada manusia kembali, namun diganggu oleh saka kepunyaan Paul yang mengambil rupa bentuk Azmi ( although I was wondering why Leman tak tahu dia dah mati).Sedikit berlainan dengan prequel, buku ini lebih kepada tema keagamaan terutama sekali apabila menghampiri penghujung cerita. Tapi saya perasan novel ini ada copy paste paragraph dari novel yang first, tapi nama Ustaz Mawardi tertukar jadi.. Akram? Pff takkan kesalahan macamni tak diedit (or am I missing something here?)Anyhow, cerita ni sarat dengan pengajaran, mostly dari segi agama dan kasih sayang terhadap ibubapa. Saya *hampir* menangis baca scene Leman ke tali gantung tu. Dan the ending where everyone reads surat dari Leman tu memang terbaik dang menginsafkan, especially surat yang ditujukan kepada seluruh umat Islam. Nice way to end a good novel!

  • Anis Azura
    2019-01-25 09:21

    ok kalau nak ikutkan ini adalah sambungan kepada novel BABI yang femes tu.permulaan cerita agak slow untuk aku.bila dah sampai ke tengah baru mood membaca datang.sambungan kisah hidup Leman setelah berlaku kejadian yang tak diingini kepada Paul (mak Leman) dan ustaz mawardi.bagaimana Leman berperang dengan diri sendiri dan hasutan syaitan yang ingin menyesatkan die.hampir-hampir terpengaruh jugak tapi sempat diselamatkan. kesian Rokkyu,Asfam & Syasya.diorang menjadi mangsa,tak sempat nk bertaubat dan insaf.Endingnya sampai hati si Azwaq buat aku nangis sorang-sorang teringat mak kat kg!begitu terkesan dan memberi pengajaran.kesimpulannya,,nak pinjam moto sekolah aku jap: berilmu.beramal.bertaqwa.insyaallah..good book indeed!

  • Zemo
    2019-02-15 13:13

    In my opinion, Saka is a little bit kurang make sense. Storyline agak perlahan pada permulaan novel. And mula menjadi lebih menarik after a few chapters. Tbh, I really like all the nasihat in this novel sama ada yang tersirat atau tersurat. Sememangnya, membuka mata pembaca tentang dunia dan tuhan.

  • Hazrin Zainal
    2019-01-17 06:16

    Humm

  • Sherry Mahanum
    2019-02-04 11:37

    Masih macam babi.

  • Alin Sihite
    2019-01-26 07:27

    Yang ini lebih baik isinya dari yang pertama. Banyak nasihat dalam naskah ni. Walaupun ada kurang disana sini sikit. Tetap isinya tu sampai kepada saya.

  • A.Nadhiey
    2019-01-30 06:24

    Masee mulaa mulaa bace sampai pertengahan, banyakk kalii gakk ahh aku tersenguk sengukk sampai tertidur. Bile dh nk ending baruu laa menarikk dan makin nak selakk sampai habis. Ade part part tngkap leleh. Well, bila dh melibatkan mak, mmg sng sng jee nk sebak. Tahniah penulis. I think you did ur best. Well done

  • Sharulnizam Mohamed Yusof
    2019-01-23 11:33

    Same as per my earlier comment/review on the first book (BABI).

  • Lola
    2019-02-07 10:11

    tak larat nak habiskan. maaf.

  • Sariy Syahmi
    2019-02-02 09:32

    mula baca agak bosan sikit.. tapi bila baca part leman mengaku yang dia bunuh tu agak teruja sikit nak baca.. dan bila ending dia membuat aku teringat kat mak aku..

  • Azi Abdullah
    2019-01-31 06:30

    Penulisan "indy" yang menarik!!! love it love it love it

  • Diana
    2019-02-15 07:32

    SAKA makes all those things in BABI which do not make sense come to senses! I am touched with the ending.

  • Amalina
    2019-01-30 10:24

    salah satu cerita yang agak lain daripada yang lain. setiap manusia mempuunyai berlainan jalan hidup, dan leman(watak utama) merupakan karakter yang baik yang dihasilkan oleh kamaruzaman azwar

  • Hajar Cena
    2019-02-14 11:21

    terbaik....menyentuh jiwa...

  • aqqi
    2019-02-04 09:29

    Sequel story of BABI books.